ARKIB : 25/06/2013
Rawatan ibu berpantang
Amalan ini bukan sahaja membantu mengembalikan kesihatan ibu tersebut, malah turut membantu menyegar dan menyembuhkan kembali tubuh selepas bersalin.
Menurut Pengurus Belaian Wellness Spa, Awanis Musa, 43, rawatan berpantang seelok-eloknya dilakukan kepada wanita tiga hari seminggu selepas bersalin.
"Dalam rawatan berpantang, setiap satu jenis rawatan yang dilakukan mempunyai keperluan dan faedah tersendiri.
"Walaupun cara dan rawatannya agak renyah, jika dilakukan dengan cara betul akan memberikan keseimbangan, kecergasan dan kecantikan kepada ibu," katanya.
Awanis turut menasihatkan para ibu jangan culas dan sambil lewa dengan amalan tersebut bagi memastikan kesihatan mereka kembali pulih seperti sediakala.
" Di sini kami menyediakan rawatan dalam tempoh berpantang dan rawatan penutup pantang. Pakej rawatan berpantang bukan sahaja meliputi caj pengangkutan percuma bagi jarak tidak melebihi 10 kilometer, malah terapi turut membantu menyediakan makanan kepada ibu.
"Terapi yang mahir akan ke rumah memberikan rawatan mengikut pakej yang diminta. Rawatan tersebut merangkumi urutan bersalin, mandi herba, bertungku dan bertangas, ikat bengkung, param, pilis dan lulur badan.
"Rawatan mandian dan penjagaan harian bayi turut disediakan bersama-sama dengan harga berpatutan," kata Awanis.
Ujarnya lagi, Belaian Wellness Spa turut menawarkan rawatan penutup pantang yang dilakukan selepas 44 hari tempoh berpantang dengan tawaran harga yang berpatutan.
"Berurut selepas bersalin bertujuan membantu mengembalikan tenaga dan menjamin ketahanan badan sepanjang tempoh berpantang. Urutan yang baik adalah pada sebelah pagi dan dilakukan selama tiga hari selepas bersalin.
"Bertungku pula bertujuan mengempiskan perut dan mendapat kembali bentuk badan yang asal. Berbengkung membantu dan mengembalikan bentuk tubuh badan setelah otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung," katanya.
Belaian Wellness Spa yang menyediakan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki turut menyediakan empat bilik rawatan yang selesa dan berkonsep moden kontemporari.
Spa yang boleh dikunjungi di Taman IKS Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor ini, boleh dihubungi di talian 03-89267578.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130625/ke_03/Rawatan-ibu-berpantang#ixzz2ZuRWowYI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment