Thursday, 21 November 2013

PAKEJ RAWATAN LEPAS BERSALIN AUNTIE YAN



 
Photo Credit:  Belaian Wellness Spa, Bandar Baru Bangi dan Ms Paris Ashiqin

Photo Credit:  Belaian Wellness Spa, Bandar Baru Bangi and Ms Paris Ashiqin.

PAKEJ RAWATAN PANTANG ASAS SENTUHAN BONDA (3.5 jam)

3 HARI  =  RM 450**
7 HARI  =  RM 1,050**
10 HARI = RM 1,500**

(** - Harga di atas cuma harga rawatan sahaja, tidak termasuk elaun pengangkutan, sekiranya anda berada di luar kawasan Bandar Baru Bangi)
  • PENYEDIAAN MANDI DAUN
  • URUTAN BERSALIN 
  • BERTUNGKU
  • PAKAI PARAM / BODY CONTOURING LOTION
  • PILIS
  • IKAT BENGKUNG / MEDICAL SUPPORT GARMENT BAGI YANG caesarean section
  • FOC TANGAS INTIM HERBA

SILA HUBUNGI SAYA ATAU SMS +6014 644 0186 UNTUK BUAT TEMPAHAN ATAU BOOKING APPOINTMENT ANDA.


SILA SMS +6014 644 0186

http://awanismusa.blogspot.com/

NON-PACKAGE TREATMENT

NO.
RAWATAN
HARGA (RM)
1
MANDI DAUN
45.00
2
URUT BERSALIN 1.5 JAM
120.00
3
TUNGKU BADAN
50.00
4
PARAM + PILIS + IKAT BENGKUNG
55.00
JUMLAH IKUT HARGA ASAL


270.00
ADDITIONAL TREATMENT (RAWATAN TAMBAHAN)
NO.
RAWATAN
HARGA (RM)
1
MANDI DAUN
45.00
2
MANDI DAUN DAN HERBA
55.00
3
MANDI REMPAH
45.00
4
URUT BERSALIN 1 JAM
80.00
5
URUT BERSALIN 1.5 JAM
120.00
6
TUNGKU BADAN
50.00
7
LULUR BADAN
70.00
8
PARAM + PILIS + IKAT BENGKUNG
55.00
9
TANGAS HERBA
50.00
10
COFFEE BODY SCRUB
80.00
11
BACK BODY MASK
45.00
12
SPA TANGAN
55.00
13
SPA KAKI
55.00
14
MINUM JUS KUNYIT & GARAM
10.00
15
MINUM AIR AKAR KAYU & JAMU
15.00

Tuesday, 27 August 2013

URUTAN LEGAKAN SAKIT KEPALA

KESIHATAN

ARKIB : 27/08/2013

Urutan legakan sakit kepala





Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut.


Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tidak cuba sapu pada otot tersebut.

Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh menghasilkan simpulan otot.  Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan sakit kepala berlarutan lebih lama.

"Simpulan otot inilah yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini (simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.

Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.  Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.

"Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh.  Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan.
"Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

"Titik punca adalah gambaran di mana teknik terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara keseluruhan.

"Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr. Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.

Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.

Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.

"Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.


Sakit kepala mata kabur

Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.

"Pengaktifan dan pengekalan titik punca dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

"Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

"Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala," kata Diane.

"Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik punca berkenaan dilakukan dengan lembut.
"Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan."

"Proses pengurutan pada titik punca dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal," katanya lagi. - NOOR FAZRINA KAMAL








Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130827/kn_01/Urutan-legakan-sakit-kepala#ixzz2dDscSTTz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 21 August 2013

Dr. Shima and Baby Hani

Thank you Dr Shima for giving me the opportunity to assist you during your 2nd week after delivery.  Hope to meet you again with Baby Hani for the End of Confinement Package (Rawatan Penutup Pantang).


ON AIR - DURING LIVE TALK SHOW (THE MORNING BELL)

This was taken during the live talk show, "The Morning Bell" on last Thursday, 15 August 2013, Channel 420, Hypp TV.  TV hosts was Raj Aria, Joanne Kwan and Paris Ashikin.

Hypp TV is located in Capital TV Office, Neo Damansara.

My heartfelt thanks goes to my office mate, Puan Maziya and Belaian Spa team members - Mady and Shasha who have been very supportive and patience throughout the programme.

Thank you girls, and it was such a wonderful moment :)

After that, to IKEA we go for the meatball lunch!

Tuesday, 20 August 2013

TANGAS UNTUK KESIHATAN DALAMAN (KOSMO ONLINE)

RENCANA UTAMA

Tangas untuk kesihatan dalaman



BERTANGAS sangat sesuai untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid.


AMALAN bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa.
Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa.
Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja.
Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.
Menurut Pengurus Belaian Wellness Spa, Awanis Musa, jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.
"Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat," ujarnya.
Tambah Awanis, rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan.
Bertangas, katanya, mempunyai dua kaedah iaitu kering dan basah.
Daun serai
"Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu selain perlu duduk di atas batu itu sehingga panasnya berkurangan.
"Rawatan itu dilakukan selepas hari ketujuh bersalin selama 10 hari berturut-turut. Ia adalah untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak apabila darah nifas telah kering," jelasnya.
Menurut Awanis, rawatan tersebut dapat mengeluarkan sisa toksin dan boleh digunakan untuk merawat luka.

PELANGGAN perlu duduk di atas kerusi selama 15 hingga 30 minit untuk mendapatkan kesan wap rebusan.


"Ia juga boleh dilakukan selepas hari keenam haid selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut," tuturnya.
Dia berkata, ramuan seperti daun inai, serai wangi, daun limau purut, daun pandan, daun lemuni, manjakani, daun mengkudu dan garam bukit digunakan untuk bertangas basah.
Masalah jantung
"Kesemua ramuan itu akan direbus dan diletakkan di bawah kerusi rotan kayu yang dibuat lubang di tengahnya.
"Pelanggan perlu duduk di atas kerusi itu selama 15 hingga 30 minit bagi mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi dengan berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki.
"Ketika rawatan bertangas basah, senaman kemutan otot rahim boleh diamalkan untuk kekuatan otot alat sulit dan rahim," ujarnya.
Awanis memberitahu, amalan bertangas itu pada kebiasannya dilakukan secara berkemban bagi memastikan wap daripada bahan rebusan tersebut mengenai seluruh badan.
"Bertangas juga dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap pada bahagian alat sulit serta mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.

RAWATAN bertangas dilakukan selepas hari ketujuh bersalin selama 10 hari berturut-turut.


"Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut bagi mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air.
"Setiap bahan yang digunakan mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti daun inai dan serai wangi yang bertindak sebagai antibakteria manakala manjakani sememangnya amat terkenal dengan fungsinya yang membantu mengetatkan bahagian alat sulit.
"Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi," jelasnya sambil memberitahu, amalan bertangas basah juga sesuai diamalkan oleh kaum lelaki.
Dia memberitahu, selepas bertangas, pelanggan akan diberikan segelas air dan mereka hanya dibenarkan mandi selepas tempoh 15 minit.
Sementara itu, seorang pelanggan, Noraizah Mohd. Nor, 40, memberitahu, dia merasai terdapat perubahan pada badannya selepas melakukan amalan bertangas yang disediakan dalam pakej rawatan selepas bersalin.
"Saya sudah mencuba rawatan bertangas sebanyak dua kali selepas diperkenalkan oleh adik, ternyata hasilnya tidak menghampakan.
"Badan menjadi segar selepas melakukan rawatan itu dan penggunaan bahan-bahan tradisional juga sebenarnya banyak membantu.
"Saya menjadikan rutin bertangas ini sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi membuang toksin di dalam badan selain ia bagus untuk kesihatan dalaman wanita," ujar ibu kepada dua orang anak ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz2cVHQMDtW 
Hakcipta terpelihara